Wednesday, 30 December 2015

7 Jenis Audien Yang Kita Boleh Sasarkan Di Facebook



7 Jenis Audien Yang Kita Boleh Sasarkan Di Facebook


Tapi tak tahu nak target siapa?
Artikel ini membantu usahawan online untuk tahu cara nak target prospek yang ada harapan bertukar menjadi pelanggan setia berkali-kali.
Pernah guna FB Ads?
FB Ads ni adalah satu medium atau sistem yang bantu kita sasarkan iklan kepada orang yang kita nak mereka lihat iklan kita.

Cth: Jual Ubat Kurus.

Kita nak sasarkan iklan kepada orang ‘berisi’ atau bahasa kasarnya, ‘untuk orang gemuk’.
Jadi FB Ads ini akan bantu kita carikan orang gemuk & tunjukkan ayat iklan kita kepada mereka dengan kos pemasaran yang amat rendah.
Jadi masalah utama usahawan online adalah tak tahu nak tetapkan sasaran yang betul & tepat.
Saya laburkan RM350 untuk dapat ilmu ini daripada Sifu Pemasaran terkenal FB Marketing Online, Tuan Jamal (Sifu FB Ads).
Jika anda sanggup laburkan masa 5 minit bersama saya untuk baca artikel ini, anda dah jimat RM350 duit poket anda.

Dah sedia untuk tahu?

Ini dia 7 jenis prospek yang kebiasaannya bertukar menjadi pelanggan berkali-kali:
fans

1. Fans Sendiri.

Mengikut kajian yg dibuat oleh Tuan Jamal.
Iklan yang target kepada Fans sendiri adalah penyumbang besar hasil jualan beliau.
Fans = Prospek >> Pelanggan.
Sebab mereka dah selalu follow kita & mereka dah kenal siapa kita.
Jadi bila kita tawarkan sesuatu produk, mereka lebih mudah untuk percaya berbanding pesaing kita yang mereka tak kenal.
Jadi kalau anda dah ada follower.
Cuba try sasarkan iklan FB Ads kepada follower anda sendiri. Lihat hasilnya.

2. Custom Audien.

mailJika selama anda berniaga,
anda ada simpan data seperti E-mel & Nombor telefon pelanggan.
Anda nak tahu? Anda sebenarnya bernasib baik & bertuah.
Sebab dengan Custom Audien, kita boleh sasarkan semula orang yang kita ada e-mel & nombor telefon supaya lihat iklan kita di FB.
Selain FB, saya guna sistem e-mel. Jadi saya ada senarai e-mel yang banyak.phone
Bila-bila ada promosi, lagi-lagi bila nak raya nanti.
Saya akan masukkan e-mel-e-mel prospek saya dekat Custom Audien & buat iklan promosi untuk mereka ambil.
Saya suka target prospek jenis kedua ni. Sebab mereka dah kenal saya. Tak perlu nak bina kredebiliti kali kedua. Sebab mereka dah ada pengalaman berurusan dengan saya.
Best kan cara ni?
(cuba angguk sikit… hehe)

blog

3. Web Custom Audien. (WCA)

WCA adalah prospek yang pernah singgah di blog atau website kita.
Anda ada website?
Jangan lupa gunakan fungsi ini. Menurut Tuan Jamal Sifu FB Ads, antara jualan terbesar beliau datang dari prospek jenis ini >>> WCA.
Sesiapa sahaja yang pernah masuk website beliau.
Beliau akan track (simpan rekod) untuk kegunaan di masa akan datang. Jika ada apa-apa tawaran, beliau akan gunakan data ini untuk disasarkan.
Buat beliau buat secara manual, beliau gunakan FB untuk track rekod tersebut …
Kalau belum ada website …
Nanti-nanti kita cerita panjang bab ini ya..  Hehe :)

saing

4. Fans Pesaing Anda.

Anda sekarang jual apa?
Tudung … perfume … produk kecantikan.. produk kesihatan… tak kira apa pun jenis produk ..
Jika niche produk itu laku, pasti ada pesaing.
Dengan FB Ads, anda tak perlu risau akan pesaing. Sebaliknya, anda boleh target siapa yang like & follow pesaing anda.
Kalau pesaing kita ramai follower, kita boleh target follower mereka untuk baca iklan kita juga. Bukankah ia menjimatkan masa & modal kita?
Tak perlu tunggu like yg banyak untuk buat iklan …
Fans Page baru buat pun boleh terus buat iklan, jika tahu ilmunya. :)

7

5. Lookalike Custom Audien.

Istilah ini diperkenalkan oleh sahabat saya Tuan Firdaus Azizi.
Beliau juga salah seorang guru dalam bidang pengiklanan di FB. Sebenarnya istilah ini agak advance bagi yang baru mula nak iklan di FB.
Apa itu Lookalike audien?
Menurut Tuan Firdaus Azizi, Looalike audien ni bahasa mudahnya ‘kembar prospek kita’.
Contohnya, kita dah ada senarai data prospek (emel & no. telefon). Sekarang ni kita nak cari ‘kembar’ yang sama minat dengan prospek kita.
Kalau prospek kita minat tudung berjenama, kita nak cari kembar mereka yang minat tudung berjenama juga.
Mungkin kawan-kawan mereka. Mungkin saudara-mara mereka.
Jadi, bagaimana kita boleh cari kembar prospek kita?
Guna Lookalike Audien <<< Satu fungsi khas dalam FB Ads.

6. Lookalike Web Custom Audien.

Kalau tadi kita cari kembar guna data emel & nombor telefon.
sumber: Creative-design.com
sumber: Creative-design.com
Kali ini ‘kembar’ orang yang pernah masuk website atau blog kita.
Contoh Ali pernah masuk website kita. Website kita ni cerita tentang kasut sukan. Jadi Lookalike Web Custom Audien ni akan tolong kita cari …
“Orang yang minatnya lebih kurang sama dengan Ali” <<< Minat kasut sukan.
Jadi dah mudah kerja kita. Tak perlu nak target tak tentu hala.
Kita hanya sasarkan iklan kepada orang yang ada potensi untuk beli produk kita sahaja. Orang yang tak nak beli, kita tak iklankan kepada dia.
“Bazir duit  iklan dekat orang yang tak minat ni.”
Betul? <<< Nampak tak logiknya audien yang tepat ni ..

7. Friend Of Fans Kita.

Ini golongan terakhir prospek yang kita boleh target.
Apa maksud Friend of Fans?friend

Kawan kepada orang yang like Fans Page kita.
Contohnya Farah like Fans Page  >>> Baju kurung moden muslimah.
Bila kita sasarkan iklan & target kepada Friend of Fans. Secara tidak langsung kita target kepada kawan kepada Farah.
Semasa kita buat iklan, kawan kepada Farah akan nampak Farah ada like Fans Page tersebut.
Secara tidak langsung, keinginan untuk kawan dia tahu lebih tinggi.
“Eh, Farah minat page ni… aku nak like & tengok jugak lah fesyen dia” – getus hati mereka.
Potensi untuk tukar mereka jadi pembeli, insyaallah lebih mudah & senang.
Bagaimana suka dengan artikel kali ini?
Anda dapat sesuatu yang bernilai?
Jika ya, Alhamdulillah.
.

Teringin nak belajar lebih lanjut cara target prospek yang betul ketika buat iklan?

Woman typing on a modern keyboard. White background.
Agar anda tak rugi masa, wang & tenaga laburkan iklan yang tak tentu hala.
Anda boleh belajar dengan Tuan Firdaus Azizi. Sebab dia ni selalu buat kajian tentang pengiklanan di Facebook.
Jangan risau!
Dia ni sempoi. Muka tak ketat. Tak  ada nak marah-marah.
Kalau tanya sesuatu masalah, insyaallah dia akan jawab.
Nak mudah faham benda-benda teknikal ni. Memang kena pergi kelas. Duduk depan laptop & klik apa yang dia suruh.
Saya pernah pergi & saya rasa mudah sangat faham.
Daripada anda pening lalat, laburlah sikit untuk ilmu. Insyaallah, tidak akan rugi. Percaya kata saya!
Jika anda tak nak belajar, anda hanya nak try & error sahaja.  Anda rasa anda bagus. Tapi, duit, masa & tenaga anda habis begitu jer…
Serius memang rugi.. saya dah cuba.
Memang susah bila belajar tak ada guru… tak tahu siapa nak dirujuk..
Jadi bagi yang betul-betul nak belajar , bolehlah dapatkan info penuh tentang kelas yang terdekat ini daripada beliau.
Sementara harga masih tengah promosi ni.

“Bonus untuk area Bangi, KL, Nilai & Kajang?”


“Kenapa ada bonus ke kalau saya tinggal di area tu?”
Bonus memang ada untuk semua. Cuma sedikit beruntung sebab dekat.
Pesanan Imam Syafie:
“Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan”
Alang-alang dah mula niaga, biar sampai laku & berjaya.
Amin…

No comments:

Post a Comment